Terapi Bekam Naturopati Shah Alam

pusat terapi alhaudh

pusat terapi alhaudh

pages

  • Home
  • Bekamspa Aleyna
  • Urutan Saraf
  • produk kesihatan

Sunday, 17 May 2015

Kenapa Perlu Berbekam?

Apa itu Bekam?

Bekam adalah proses mengeluarkan darah kotor dari bawah lapisan kulit. Darah kotor yang dimaksudkan adalah darah yang mengandungi toksid/ toksin,  darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur Jin/Syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. 

Darah yang dikeluarkan melalui pembekaman hanya dibawah lapisan epidermis. Kedalaman sayatan bekam sedalam 0.1mm tidak melebihi 0.4mm untuk memastikan tidak menembusi pembuluh darah vena.


Kandungan darah secara umumnya mengandungi sel darah merah atau dipanggil hemoglobin. Hemoglobin bertujuan membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan tubuh dan membawa kembali karbon dioksida kembali ke paru paru.

Bekam mengeluarkan darah mampu membersihkan saluran darah daripada terus tersumbat dan membaikpulih sistem peredaran darah, melancarkan fungsi organ.



Sumbatan darah antara punca kebanyakkan penyakit kronik seperti :


Stroke



tekanan darah tinggi

 kanser hati


penyakit kulit


Kanser Payudara


Sumbatan tiup/ cyst / fabroid / kanser rahim


Kanser usus



Toksid/toksin (bahan kimia) dalam tubuh manusia berasal dari:

Makanan, minuman, udara dan air yang tercemar.Makanan-segera - mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essense, penyedap rasa dan sebagainya.Hasil pertanian tercemar seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida dan lain-lain). Tabiat buruk seperti merokok, tidak menjaga kebersihan, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, makanan terlalu masam, terlalu masin, terlalu manis dan sebagainya.Ubat-ubatan kimia - mempunyai kesan sampingan merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.

Faktor-faktor penyebab darah beku:

Darah beku yang disebabkan oleh kecederaan sewaktu di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal berpunca dari kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan dan sebagainya.Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan dan sebagainya.Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal seperti kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan dan kerisauan yang menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang membahayakan metabolisme tubuh.Darah beku yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran makanan, minuman, udara, air dan alam sekitar.

Darah kotor yang tidak dapat ditapis atau disingkirkan oleh sistem tubuh manusia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan; baik secara fizikal mahupun mental seperti mudah merasa lesu, kemurungan, resah, pening, sentiasa merasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah pitam. Tubuh akan mudah terkena penyakit seperti influenza sehinggalah kepada penyakit degeneratif seperti strok, darah tinggi, kanser, diabetes; bahkan sehingga kepada penyakit jiwa. Maka, darah kotor perlu dikeluarkan seberapa segera dari tubuh badan. Kita harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah kotor secara cepat dan efektif agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam darah yang merupakan sejenis preventive medicine (perubatan pencegahan) selain juga curative medicine (penyembuhan).


Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.

badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.


Melalui Bekam Darah, secara tidak langsung juga akan meransang sistem antibodi tubuh. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.


Bekam Darah juga akan dapat mengelakkan buah pinggang, hati, hempedu dan usus ‘bekerja terlampau keras’ di dalam proses menstabil dan menapis darah dari segala toksid/toksin, oksidan, kolestrol dan sebagainya lagi yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh manusia yang normal. Organ-organ tersebut akan dapat berfungsi dengan normal dan terhindar dari kerosakan mahupun serangan penyakit yang tidak diingini.



Kesimpulannya, darah kotor yang telah dikeluarkan dari tubuh akan dapat menjadikan darah lebih bersih, tidak pekat/beku, beroksigen sempurna, sistem pengaliran darah di dalam badan menjadi lebih lancar, organ-organ dalaman menjadi lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik kerana menerima darah yang sihat, penghasilan sel-sel darah yang sihat, darah cair dan saluran darah tidak tersumbat membolehkan jantung dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh tubuh badan, penghasilan dan penyebaran hormon yang stabil kepada semua organ tubuh, penghasilan dan penyebaran antibodi yang kuat bagi melawan serangan bakteria dan virus pembawa penyakit, otak dan deria yang cergas, pergerakan fizikal yang cergas dan menghasilkan kesihatan yang maksima kepada seseorang.     


DALIL DARI HADIS


Daripada Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah Taala dan mereka telah berkata ‘Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam’ ”. (HR Turmuzi Wa Baihaqi)


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah).” (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)


Ibnu ‘Abbas RA mengabarkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada bagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim (orang yang berihram) karena sakit pada sebahagian kepalanya.” (HR  Al-Bukhari)


"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay" (Hadis Sohih)


“Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).”

(Muttafaq ‘alaihi)


"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit"

(HR  Abu Dawud)


"Berbekam memperkuatkan daya hafaz seseorang dan menambah akal orang yang berakal.” (HR Ibnu Majah)

“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA) 

Jika Berminat untuk mendapatkan terapi Bekam Sunnah menggunakan sayatan atau jarum lancet boleh hubungi saya Amalina 0197524243





Posted by Unknown at 20:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 2 May 2015

Pakej Terapi Ibu Bersalin 2015


Pakej Terapi Ibu Bersalin 2015


Urutan Bersalin + Sengkak    RM70
Bertungku                              RM40
Bertangas                               RM40
Lulur                                      RM40
Reflexology                           RM40 - RM60
Urutan Baby                          RM20
Sengkak Wajah                      RM30
Facial                                     RM35
Akupuntur                             RM50
Mandian Herba                     RM50  (termasuk Ramuan Akar Kayu RM15 sepeket)
Ubat Periuk                           RM10   


Pakej VIP    RM250
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel
Bertanggas
Urutan Baby
Lulur
Mandian Herba

Pakej Standard  RM200
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel
Mandian Herba
Sengkak Wajah

Pakej Basic RM150
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel

Transportation Charge : RM30 - RM50 bergantung kawasan















Posted by Unknown at 22:47 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 15 April 2015

Herba Maharani


-------------------------------------
FUNGSI HERBA MAHARANI
-------------------------------------
(1)- Membantu menyelesaikan masalah persekitaran - Ovari, rahim iaitu senggugut, keputihan, kegatalan, haid tidak teratur , menopause dan lain-lain.
(2)-Membantu menyelesaikan masalah persekitaran payu udara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan akan memberi keanjalan pada payu udara.
(3)-Mengawal selia tekanan darah, emosi dan sraf.
(4)-Membantu menyelesaikan masalah sengal-sengal sendi, asma, urat timbul, peranakan jatuh(prolebsis), sakit pinggang dan lain-lain.
(5)-Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka , lebih bermaya, bersemangat, kulit halus, awet muda, dan dapt memberikan kebahagian kepada pasangan.
(6)-Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan, membantu membetulkan kedudukan, ovari, rahim dan lain-lain.Waheeda Sihat & Cantik
-------------------------------------------
ANTARA KEBERKESANAN MAHARANI
-------------------------------------------
(1)-Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan semua masalah berkaitan haid.
(2)-Menyelesaikan maslah sengugut, keputihan dan kekuningan.
(3)-Melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut dan urat saraf.
(4)-Menguatkan anti-body (menghindarkan dari kerap selsema, batuk, demam dan alahan).
(5)-Mencantikan, menegang dan melicinkan kulit (akan berubah seperti lilin).
(6)-Merangsang Hormon Estrogen, Progesteron dan Androgen (Hormon seks).
(7)-Menegangkan, memejalkan payu dara dan mencerahkan warna puting.
(8)-Mencegah dan mengubati untuk pesakit diabetis(kencing manis).
(9)-Amalan selepas bersalin (mengecutkan dan merapatkan faraj).
(10)-Menghilangkan bau mulut (terutama masa bangun pagi).
(11)-Menghilangkan urat timbul (terutama selepas bersalin).
(12)-Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
(13)-Awet muda dan kesuburan (masalah sakit puan)
(14)-Melegakan migrain dan angin dalam badan.
(15)-Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
(16)-Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
(17)-Memberi kebahagiaan kepada pasangan, wink wink! (secret receipe)
(18)-Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
(19)-Menguatkan hati dan buah pinggang.
(20)-Menambah darah selepas bersalin.
(21)-Meningkatkan kecergasan minda.
(22)-Mengimbangi tekanan darah selepas bersalin.
(23)-Melambatkan proses monopouse.
(24)-Mengimbangi tekanan darah.
(25)-Menyelesaikan masalah buasir kecil.
(26)-Melegakan asma (Lelah).
(27)-Menghilangkan jerawat.
(28)-Menaikkan seri muka dan badan.
(29)-Melancarkan peredaran darah.
(30)-Anti-bakteria(Sekitar faraj).
-------------------------------------------
BAGAIMANA HERBA MAHARANI BOLEH MEMBANTU ANDA???
-------------------------------------------
✔ Menyelesaikan masalah wanita dan remaja
(keputihan, peredaran haid, senggugut dll)
✔ Menguatkan & Mengecutkan
(otot-otot rahim, sistm peranakan & amalan selepas bersalin)
✔ Melegakan masalah
(sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh2 kebas & urat saraf)
✔ Melambatkan jangka masa monopouse
(Pengaktifan hormon estrogen, progestron & androgen wanita)
✔ Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dgn baik
(anti penuaan, awet muda, kecantikan & kesuburan)
✔ Menegang & Memberi keanjalan pada kulit
(payudara, ovari, kawasan perut selepas bersalin, pinggul dll)
✔ Meningkatkan kadar metabolisma
(sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan, kebahagian kepada pasangan dll)

Norazlin Nordin's photo.

Nurul Farhana Yaacob's photo.

Posted by Unknown at 21:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 5 April 2015

Kursus Sclerology 16 - 17 Mei 2015








Kursus Mengenali Kelemahan Organ Kaedah Sclerologi Tarikh :16-17 mei 2015 Hari : sabtu dan ahad Masa : 9PG - 5ptg yuran : rm500 (termasuk buku, sijil, makan 3x) tenaga pengajar : pak arman sibuea - pengarang, penterjemah buku iridology, scerology, pupilogy. darfar segera tempat adalah terhad. watsapp Nama, Email, No ic, No phone ke 0197525243

Posted by Unknown at 20:33 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 31 January 2013

Pusat Terapi Alhaudh Shah Alam

Assalamualaikum....

Pusat Terapi Naturopati Alhaudh

Temui kami di  NO 8A JALAN PINANG 18/D SEKSYEN 18 SHAH ALAM. Landmark : tingkat atas Pusat Perabot Mella sebaris dengan restoren Al Awwal, My One Shop, Aden, Bank Islam. betul2 sebelah Giant Seksyen 18







Dari depan kedai akan nampak signboard lama Bekamspa aleyna




Nanti dah tukar signboard baru sya update ya...
 

Posted by Unknown at 20:54 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

peta lokasi

peta lokasi

urutan

urutan
saraf, teraputik, yumeiho, kiropraktik

bekam

bekam
bekam darah (sayatan / jarum), bekam kering, bekam lintah

Blog Archive

  • ▼  2015 (4)
    • ▼  May (2)
      • Kenapa Perlu Berbekam?
      • Pakej Terapi Ibu Bersalin 2015
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)

My Blog List

akupuntur

akupuntur
masalah akute dan kronik

Hadis- Hadis Bekam

HADIS-HADIS BEKAM

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata,"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."

(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya."(Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT."(HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud) Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara:Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"


"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".

Sabda Rasulullah SAW :"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Search This Blog

Simple theme. Theme images by PLAINVIEW. Powered by Blogger.